Friday, 3 August 2012

[ Refleksi untuk Kuliah 1/8/2012 ]

Pada kuliah yang lepas, saya telah belajar tentang SADAR dan SEPARA SADAR. SEPARA SADAR  dipisahkan. SADAR merupakan fikiran IQ, SEPARA merupakan EQ manakala SADAR merupakan SQ.Antara SADAR dan SEPARA SADAR terdapat FILTER. Filter ini amat penting kepada kita kerana ia membantu kita membezakan apa yang baik dan apa yang tidak baik.  Namun, selepas seseorang lebih daripada tujuh tahun , filter ini akan menerima apa sahaja. Sebelum tujuh tahun, kanak-kanak yang tidak dapat membezakan apa yang baik dan buruk. Mereka menerima apa-apa sahaja yang dialaminya.Sesuatu yang diterima oleh mereka tidak kira baik atau buruk akan dibawa ke dewasa. Jika mereka menerima konsep yang salah , mereka akan ikit sahaja apa yang mereka terima. Contohnya, semasa kecil, kanak-kanak yang melihat ibu bapa mereka bergaduh. Hal ini akan menjejeaskan fikiran mereka dan menjejaskan masa depannya. Di samping itu, saya juga dapat belajar fungsi IQ, EQ dan SQ dalam kuliah tersebut. Fungsi IQ ialah " What do I think? " , fungsi EQ pula ialah " What do I feel? " manakala fungsi SQ ialah " Who Am I? ". Dalam kuliah tersebut, saya lebih mengenali apakah kecergasan emosi dan maklumat tentang IQ, EQ dan SQ. Ketiga-tiga kecergasan tersebut amat penting kepada kita. Kita harus bijak menggunakannya.



Thursday, 2 August 2012

[ Refleksi untuk Kuliah 25/7/2012 ]

Dalam kuliah Kecergasan Emosi, saya telah belajar IQ, EQ dan SQ yang penting dalam kehidupan manusia. Seseorang mampu menjadi manusia hebat yang mempunyai IQ (Kecerdasan Minda)  yang cerdas, EQ (Kecerdasan Emosi) yang mantap dan SQ (Kecerdasan Emosi) yang kukuh. Ramai orang mempunyai IQ yang baik. Sebab itu zaman hari ini, teknologi berkembang dengan pesat baik segi sains teknologi atau sains sosialnya. IQ menjadikan manusia hebat namun jika tidak adanya EQ, manusia menjadi lebih teruk daripada haiwan. Apakah EQ? EQ merupakan satu hal untuk memahami perasaan orang lain. Pembangunan emosi  EQ, amat penting  berbanding  pembangunan intelek  IQ. Kanak-kanak yang diajar membaca mesti  dibentuk emosi yang  positif supaya ia berkebolehan membaca dan yang penting adalah minat yang mendalam terhadap ilmu melalui sikap suka membaca. Tingkah-laku kanak-kanak akan dipengaruhi oleh ibu bapanya. Contohnya, sepasang suami isteri bergaduh di hadapan anak-anak mereka, Anak-anak mereka akan dipengaruhi dan meniru perbuatan ibu bapanya. Hal ini akan menjejaskan masa depan anak itu. Dalam kuliah, puan telah mengkiatkan IQ, EQ dan SQ dengan hardware dan software dalam komputer supaya kami lebih mudah memahami. IQ ialah otak (hardware) atau fikiran (software) manakal EQ ialah jantung (perasaan). SQ pula ialah sel-sel atau DNA (spiritual). Di samping itu, saya dapat membezakan human being dan spiritual being selepas penjelasan puan.  Human being merupakan manusia yang hidup di bumi ini dan memerlukan bekalan air, makanan, udara untuk hidup. Manakala spiritual being ialah manusia yang mempunyai roh , perasaan sendiri dan deria badan. Seorang manusia akan meninggal dunia dan badannya akan hilang tetapi spirit akan sentiasa wujud. Kita haruslah mantapkan kecerdasan spiritual kerana spiritual yang cerdas pasti akan menghasilkan emosi yang cerdas. Apabila SQ baik , pasti EQ kita mampu dikawal dengan baik. Kita dapat memahami bukan hanya manusia bahkan haiwan dan alam sekeliling dengan baik. Apabila SQ dan EQ berada di tahap yang cerdas, pasti IQ juga cerdas. Jiwa sentiasa positif, jiwa sentiasa tenang, maka sudah pasti segala apa yang kita belajar mudah faham, mudah ingat dan mudah diaplikasikan.