Pada kuliah yang lepas, saya telah belajar tentang SADAR dan SEPARA SADAR. SEPARA SADAR dipisahkan. SADAR merupakan fikiran IQ, SEPARA merupakan EQ manakala SADAR merupakan SQ.Antara SADAR dan SEPARA SADAR terdapat FILTER. Filter ini amat penting kepada kita kerana ia membantu kita membezakan apa yang baik dan apa yang tidak baik. Namun, selepas seseorang lebih daripada tujuh tahun , filter ini akan menerima apa sahaja. Sebelum tujuh tahun, kanak-kanak yang tidak dapat membezakan apa yang baik dan buruk. Mereka menerima apa-apa sahaja yang dialaminya.Sesuatu yang diterima oleh mereka tidak kira baik atau buruk akan dibawa ke dewasa. Jika mereka menerima konsep yang salah , mereka akan ikit sahaja apa yang mereka terima. Contohnya, semasa kecil, kanak-kanak yang melihat ibu bapa mereka bergaduh. Hal ini akan menjejeaskan fikiran mereka dan menjejaskan masa depannya. Di samping itu, saya juga dapat belajar fungsi IQ, EQ dan SQ dalam kuliah tersebut. Fungsi IQ ialah " What do I think? " , fungsi EQ pula ialah " What do I feel? " manakala fungsi SQ ialah " Who Am I? ". Dalam kuliah tersebut, saya lebih mengenali apakah kecergasan emosi dan maklumat tentang IQ, EQ dan SQ. Ketiga-tiga kecergasan tersebut amat penting kepada kita. Kita harus bijak menggunakannya.
Journal Refleksi Kecerdasan Emosi
Friday, 3 August 2012
Thursday, 2 August 2012
[ Refleksi untuk Kuliah 25/7/2012 ]
Dalam kuliah Kecergasan Emosi, saya telah belajar IQ, EQ dan SQ yang penting dalam kehidupan manusia. Seseorang mampu menjadi manusia hebat yang mempunyai IQ (Kecerdasan Minda) yang cerdas, EQ (Kecerdasan Emosi) yang mantap dan SQ (Kecerdasan Emosi) yang kukuh. Ramai orang mempunyai IQ yang baik. Sebab itu zaman hari ini, teknologi berkembang dengan pesat baik segi sains teknologi atau sains sosialnya. IQ menjadikan manusia hebat namun jika tidak adanya EQ, manusia menjadi lebih teruk daripada haiwan. Apakah EQ? EQ merupakan satu hal untuk memahami perasaan orang lain. Pembangunan emosi EQ, amat penting berbanding pembangunan intelek IQ. Kanak-kanak yang diajar membaca mesti dibentuk emosi yang positif supaya ia berkebolehan membaca dan yang penting adalah minat yang mendalam terhadap ilmu melalui sikap suka membaca. Tingkah-laku kanak-kanak akan dipengaruhi oleh ibu bapanya. Contohnya, sepasang suami isteri bergaduh di hadapan anak-anak mereka, Anak-anak mereka akan dipengaruhi dan meniru perbuatan ibu bapanya. Hal ini akan menjejaskan masa depan anak itu. Dalam kuliah, puan telah mengkiatkan IQ, EQ dan SQ dengan hardware dan software dalam komputer supaya kami lebih mudah memahami. IQ ialah otak (hardware) atau fikiran (software) manakal EQ ialah jantung (perasaan). SQ pula ialah sel-sel atau DNA (spiritual). Di samping itu, saya dapat membezakan human being dan spiritual being selepas penjelasan puan. Human being merupakan manusia yang hidup di bumi ini dan memerlukan bekalan air, makanan, udara untuk hidup.
Manakala spiritual being ialah manusia yang mempunyai roh , perasaan sendiri dan deria badan. Seorang manusia akan meninggal dunia dan badannya akan hilang tetapi spirit akan sentiasa wujud. Kita haruslah mantapkan kecerdasan spiritual kerana spiritual yang cerdas pasti akan menghasilkan emosi yang cerdas. Apabila SQ baik , pasti EQ kita mampu dikawal dengan baik. Kita dapat memahami bukan hanya manusia bahkan haiwan dan alam sekeliling dengan baik. Apabila SQ dan EQ berada di tahap yang cerdas, pasti IQ juga cerdas. Jiwa sentiasa positif, jiwa sentiasa tenang, maka sudah pasti segala apa yang kita belajar mudah faham, mudah ingat dan mudah diaplikasikan.
Monday, 30 July 2012
[ Yasmin Ahamd - Forgiving ]
Video iklan ini merupakan salah satu video yang saya sukai kerana video ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada saya. Video ini tentang kasih sayang ibu kepada anaknya. Video ini tentang seoarang anak yang balik ke kampung tiba-tibanya kerana ibu yang sakit. Anak sangat risau akan ibu yang sakit.Anak telah lama tidak balik ke kampung kerana telah bergaduh dengan ibu. Dalam perjalanan balik ke kampung, anak sedar bahawa ibu yang sentiasa menyayangi dan menjaganya. Dia teringat semasa kecil., tangannya telah dilecur dan ibunya bersusah payah membawanya ke hospital. Dia berasa malu akan perbuatannya. Selapas balik ke rumah, ibu sangat gembira dan memaafkan anaknya. Selepas menonton video ini, saya sedar bahawa kita patut memohon maaf atas kesalahan yang kita lakukan. Janganlah sampai lambat baru menyesal apa yang telah buat.
Melalui video ini, saya telah mengenai Yasmin Ahmad , seorang pengarah yang sangat berbakat dan kreatif. Iklan televisyen dan filem-filem beliau terkenal di Malaysia untuk jantung jenaka mereka, dan cinta yang melintasi halangan silang budaya, dalam iklan tertentu untuk Petronas, syarikat minyak nasional dan gas. Karya-karyanya telah memenangi pelbagai anugerah di dalam Malaysia dan antarabangsa. Walau bagaimanapun, di Malaysia sendiri, filem-filem beliau sangat kontroversi kerana ia menggambarkan peristiwa dan hubungan yang dilihat sebagai haram oleh konservatif sosial, terutama keras talian tafsiran Islam. Video iklan ini, Forgiving telah memnangi " Best Director" dalam Malaysia Video Awards pada tahun 1999.Hal ini telah membuktikan bahawa merupakan seorang pengarah yang cemerlang. Pada 23 Julai 2009, Yasmin Ahmad telah disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak. Sememangnya pemergian Yasmin Ahmad, telah memberikan satu impak yang kuat kepada dunia hiburan tanah air. Ramai artis-artis yang melahirkan rasa kesedihan, terkejut dan kehilangan sebutir permata dalam bidang perfileman Malaysia. Lepas ini tak adalah lagi iklan-iklan raya Petronas yang best, sedih dan mencuit hati. Terutamanya iklan time Hari Raya nanti. Tak ada lagi filem-filem yang agak luar biasa. Tidak tipikal seperti filem pengarah-pengarah Malaysia yang lain.
Wednesday, 25 July 2012
[ Hujung Minggu ]
Pada hari sabtu yang lalu, saya telah pergi ke Pudu untuk membeli tiket yang balik ke kampung semasa Hari Raya bersama dengan kawan saya, Ong Rou Harn. Dalam penjalanan ke Pudu, kami terserempak dua pelancong dari Singapura yang menanya kami tentang jalan ke Pudu. Oleh itu, mereka mengikuti kami untuk pergi ke Pudu. Dalam penjalanan, kami berbual-bual, kami memdapati mereka hendak membeli tiket ke Genting dan mereka telah lama tidak pergi ke Genting. Selepas membeli tiket, mereka hendak pergi ke pasar seni. Selepas sampai ke Pudu, saya mendapati banyak tiket telah dijual. Saya sempat membeli tiket saya. Selepas itu, kami pergi ke KL Sentral untuk makan tengah hari di MCD. Semasa makan, seorang lelaki yang bisu menjual barangnya. Dia menanya kami sama ada kami hendak beli atau tidak. Kami menolak permintaannya kerana banyak penipuan yang telah berlaku di Kuala Lumpur. Baru-baru ini, saya mendapati semakin banyak kes jenayah yang berlaku di Malaysia. Oleh itu, tidak kira anda berada di mana, mesti berhati-hati dan meningkatkan kewaspadaan anda supaya kes-kes jenayah tidak akan berlaku pada anda. Jagalah keselamatan sendiri !
Tuesday, 10 July 2012
[ Senamrobik Serentak 1 murid, 1 sukan, 1 Malaysia ]
Pada hari ini, pukul 7.30am , seluruh IPG dan sekolah mengadakan senamrobik
serentak 1murid, 1 sukan, 1 Malaysia. Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah
dalam Malaysia Book of
Records (MBR) sebagai “Largest Simultaneous
Participation of School Students In An Aerobic Session”. Secara keseluruhan
senamrobik telah disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru
dan warga KPM. Program ini mula pada pukul 8 pagi lebih dan tamat
pada pukul 9 pagi. Program ini telah menjemput atlet-atlet negara kita agar
program ini lebih sempurna dan berjaya. Senamrobik ini diiringi oleh beberapa
senior-senior dan diikuti oleh pelajar-pelajar. Dalam pendapat saya, program
ini sangat bermakna dan berjaya kerana dapat meningkatkan kecergasan
dan tahap kesediaan murid dan guru .
Program ini melahirkan
generasi murid yang cergas dan sihat,
dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin
sepanjang kehidupan mereka. Oleh itu, saya berharap program yang bermakna ini
dapat diteruskan dan disertai pada masa depan.
Sunday, 8 July 2012
[ Festival Floria & Garden di Putrajaya ]
Pada hari sabtu yang lepas, saya telah menyertai lawatan seni ke Putrajaya bersama dengan kelas saya, kelas A dan B. Tujuan lawatan tersebut ialah melawati Festival Floria & Garden yang diadakan di Presint 2, Putrajaya pada hari 30 June 2012 hingga 8 July 2012 (selama satu minggu). Dalam lawatan , saya dapat melihat pelbagai jenis bunga dan jenis buah-buahan yang jarang ditemui seperti Rollinia, buah asam gelugor, durian belanda dan sebagai. Saya dan kawan saya sempat merasai rasa buah-buahan jarang tersebut.Di samping itu, saya berpeluang melawati pameran antarabangsa. Pereka menggunakan pelbagai jenis bunga untuk menghiasi dan mereka hasilan mereka. Melalui lawatan ini, saya dapat menambah pengetahuan saya dan berguna dalam pembelajaran saya pada masa hadapan.
Sunday, 1 July 2012
[ Sunway Lagoon =D ]
Hari ini, saya telah mengunjungi ke Sunway Lagoon dengan kawan-kawan saya. Dengan peluang ini, saya dapat berehat dan melegakan tekanan saya. Saya telah menyertai tiga kawasan iaitu "Amusement Park" , "Wild Park" dan "Water Park". Permainan yang paling saya gemari ialah "Pirate's Revenge". Permainan ini sangat merangsang dan menyeronokan. Ia memusing 360 darjah. Semasa memainkan permainan ini, saya mendapati seorang datuk yang berusia lebih kurang 60 juga menyertai permainan yang merangsang ini. Saya sangat mengagumkan keberaniannya dan saya mendapati beliau sangat menikmati permainan. Dalam hal ini, saya berpendapat kita patut berani cuba pelbagai benda yang berani supaya kehidupan kita lebih menarik.
Subscribe to:
Posts (Atom)