Tuesday, 10 July 2012
[ Senamrobik Serentak 1 murid, 1 sukan, 1 Malaysia ]
Pada hari ini, pukul 7.30am , seluruh IPG dan sekolah mengadakan senamrobik
serentak 1murid, 1 sukan, 1 Malaysia. Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah
dalam Malaysia Book of
Records (MBR) sebagai “Largest Simultaneous
Participation of School Students In An Aerobic Session”. Secara keseluruhan
senamrobik telah disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru
dan warga KPM. Program ini mula pada pukul 8 pagi lebih dan tamat
pada pukul 9 pagi. Program ini telah menjemput atlet-atlet negara kita agar
program ini lebih sempurna dan berjaya. Senamrobik ini diiringi oleh beberapa
senior-senior dan diikuti oleh pelajar-pelajar. Dalam pendapat saya, program
ini sangat bermakna dan berjaya kerana dapat meningkatkan kecergasan
dan tahap kesediaan murid dan guru .
Program ini melahirkan
generasi murid yang cergas dan sihat,
dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin
sepanjang kehidupan mereka. Oleh itu, saya berharap program yang bermakna ini
dapat diteruskan dan disertai pada masa depan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment