Wednesday, 25 July 2012

[ Hujung Minggu ]

Pada hari sabtu yang lalu, saya telah pergi ke Pudu untuk membeli tiket yang balik ke kampung semasa Hari Raya bersama dengan kawan saya, Ong Rou Harn. Dalam penjalanan ke Pudu, kami terserempak dua pelancong dari Singapura yang menanya kami tentang jalan ke Pudu. Oleh itu, mereka mengikuti kami untuk pergi ke Pudu. Dalam penjalanan, kami berbual-bual, kami memdapati mereka hendak membeli tiket ke Genting dan mereka telah lama tidak pergi ke Genting. Selepas membeli tiket, mereka hendak pergi ke pasar seni. Selepas sampai ke Pudu, saya mendapati banyak tiket telah dijual. Saya sempat membeli tiket saya. Selepas itu, kami pergi ke KL Sentral untuk makan tengah hari di MCD. Semasa makan, seorang lelaki yang bisu menjual barangnya. Dia menanya kami sama ada kami hendak beli atau tidak. Kami menolak permintaannya kerana banyak penipuan yang telah berlaku di Kuala Lumpur. Baru-baru ini, saya mendapati semakin banyak kes jenayah yang berlaku di Malaysia. Oleh itu, tidak kira anda berada di mana, mesti berhati-hati dan meningkatkan kewaspadaan anda supaya kes-kes jenayah tidak akan berlaku pada anda. Jagalah keselamatan sendiri !

No comments:

Post a Comment