Monday, 30 July 2012

[ Yasmin Ahamd - Forgiving ]

                                                         Forgiving - Yasmin Ahmad

Video iklan ini merupakan salah satu video yang saya sukai kerana video ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada saya. Video ini tentang kasih sayang ibu kepada anaknya. Video ini tentang seoarang anak yang balik ke kampung tiba-tibanya kerana ibu yang sakit. Anak sangat risau akan ibu yang sakit.Anak telah lama tidak balik ke kampung kerana telah bergaduh dengan ibu. Dalam perjalanan balik ke kampung, anak sedar bahawa ibu yang sentiasa menyayangi dan menjaganya. Dia teringat semasa kecil., tangannya telah dilecur dan ibunya bersusah payah membawanya ke hospital. Dia berasa malu akan perbuatannya. Selapas balik ke rumah, ibu sangat gembira dan memaafkan anaknya. Selepas menonton video ini, saya sedar bahawa kita patut memohon maaf atas kesalahan yang kita lakukan. Janganlah sampai lambat baru menyesal apa yang telah buat. 

Melalui video ini, saya telah mengenai Yasmin Ahmad , seorang pengarah yang sangat berbakat dan kreatif. Iklan televisyen dan filem-filem beliau terkenal di Malaysia untuk jantung jenaka mereka, dan cinta yang melintasi halangan silang budaya, dalam iklan tertentu untuk Petronas, syarikat minyak nasional dan gas. Karya-karyanya telah memenangi pelbagai anugerah di dalam Malaysia dan antarabangsa. Walau bagaimanapun, di Malaysia sendiri, filem-filem beliau sangat kontroversi kerana ia menggambarkan peristiwa dan hubungan yang dilihat sebagai haram oleh konservatif sosial, terutama keras talian tafsiran Islam. Video iklan ini, Forgiving telah memnangi " Best Director" dalam Malaysia Video Awards pada tahun 1999.Hal ini telah membuktikan bahawa merupakan seorang pengarah yang cemerlang. Pada 23 Julai 2009, Yasmin Ahmad telah disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak. Sememangnya pemergian Yasmin Ahmad, telah memberikan satu impak yang kuat kepada dunia hiburan tanah air. Ramai artis-artis yang melahirkan rasa kesedihan, terkejut dan kehilangan sebutir permata dalam bidang perfileman Malaysia. Lepas ini tak adalah lagi iklan-iklan raya Petronas yang best, sedih dan mencuit hati. Terutamanya iklan time Hari Raya nanti. Tak ada lagi filem-filem yang agak luar biasa. Tidak tipikal seperti filem pengarah-pengarah Malaysia yang lain. 

No comments:

Post a Comment