Monday, 30 July 2012

[ Yasmin Ahamd - Forgiving ]

                                                         Forgiving - Yasmin Ahmad

Video iklan ini merupakan salah satu video yang saya sukai kerana video ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada saya. Video ini tentang kasih sayang ibu kepada anaknya. Video ini tentang seoarang anak yang balik ke kampung tiba-tibanya kerana ibu yang sakit. Anak sangat risau akan ibu yang sakit.Anak telah lama tidak balik ke kampung kerana telah bergaduh dengan ibu. Dalam perjalanan balik ke kampung, anak sedar bahawa ibu yang sentiasa menyayangi dan menjaganya. Dia teringat semasa kecil., tangannya telah dilecur dan ibunya bersusah payah membawanya ke hospital. Dia berasa malu akan perbuatannya. Selapas balik ke rumah, ibu sangat gembira dan memaafkan anaknya. Selepas menonton video ini, saya sedar bahawa kita patut memohon maaf atas kesalahan yang kita lakukan. Janganlah sampai lambat baru menyesal apa yang telah buat. 

Melalui video ini, saya telah mengenai Yasmin Ahmad , seorang pengarah yang sangat berbakat dan kreatif. Iklan televisyen dan filem-filem beliau terkenal di Malaysia untuk jantung jenaka mereka, dan cinta yang melintasi halangan silang budaya, dalam iklan tertentu untuk Petronas, syarikat minyak nasional dan gas. Karya-karyanya telah memenangi pelbagai anugerah di dalam Malaysia dan antarabangsa. Walau bagaimanapun, di Malaysia sendiri, filem-filem beliau sangat kontroversi kerana ia menggambarkan peristiwa dan hubungan yang dilihat sebagai haram oleh konservatif sosial, terutama keras talian tafsiran Islam. Video iklan ini, Forgiving telah memnangi " Best Director" dalam Malaysia Video Awards pada tahun 1999.Hal ini telah membuktikan bahawa merupakan seorang pengarah yang cemerlang. Pada 23 Julai 2009, Yasmin Ahmad telah disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak. Sememangnya pemergian Yasmin Ahmad, telah memberikan satu impak yang kuat kepada dunia hiburan tanah air. Ramai artis-artis yang melahirkan rasa kesedihan, terkejut dan kehilangan sebutir permata dalam bidang perfileman Malaysia. Lepas ini tak adalah lagi iklan-iklan raya Petronas yang best, sedih dan mencuit hati. Terutamanya iklan time Hari Raya nanti. Tak ada lagi filem-filem yang agak luar biasa. Tidak tipikal seperti filem pengarah-pengarah Malaysia yang lain. 

Wednesday, 25 July 2012

[ Hujung Minggu ]

Pada hari sabtu yang lalu, saya telah pergi ke Pudu untuk membeli tiket yang balik ke kampung semasa Hari Raya bersama dengan kawan saya, Ong Rou Harn. Dalam penjalanan ke Pudu, kami terserempak dua pelancong dari Singapura yang menanya kami tentang jalan ke Pudu. Oleh itu, mereka mengikuti kami untuk pergi ke Pudu. Dalam penjalanan, kami berbual-bual, kami memdapati mereka hendak membeli tiket ke Genting dan mereka telah lama tidak pergi ke Genting. Selepas membeli tiket, mereka hendak pergi ke pasar seni. Selepas sampai ke Pudu, saya mendapati banyak tiket telah dijual. Saya sempat membeli tiket saya. Selepas itu, kami pergi ke KL Sentral untuk makan tengah hari di MCD. Semasa makan, seorang lelaki yang bisu menjual barangnya. Dia menanya kami sama ada kami hendak beli atau tidak. Kami menolak permintaannya kerana banyak penipuan yang telah berlaku di Kuala Lumpur. Baru-baru ini, saya mendapati semakin banyak kes jenayah yang berlaku di Malaysia. Oleh itu, tidak kira anda berada di mana, mesti berhati-hati dan meningkatkan kewaspadaan anda supaya kes-kes jenayah tidak akan berlaku pada anda. Jagalah keselamatan sendiri !

Tuesday, 10 July 2012

[ Senamrobik Serentak 1 murid, 1 sukan, 1 Malaysia ]


Pada hari ini, pukul 7.30am , seluruh IPG dan sekolah mengadakan senamrobik serentak 1murid, 1 sukan, 1 Malaysia.  Senamrobik serentak ini  dijangka akan mencatat sejarah  dalam  Malaysia  Book  of  Records  (MBR)  sebagai Largest Simultaneous  Participation  of School Students In An Aerobic Session.  Secara keseluruhan senamrobik telah disertai oleh  sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga KPM.  Program ini mula pada pukul 8 pagi lebih dan tamat pada pukul 9 pagi. Program ini telah menjemput atlet-atlet negara kita agar program ini lebih sempurna dan berjaya. Senamrobik ini diiringi oleh beberapa senior-senior dan diikuti oleh pelajar-pelajar. Dalam pendapat saya, program ini sangat bermakna dan berjaya kerana dapat meningkatkan  kecergasan  dan  tahap  kesediaan  murid  dan  guru . Program   ini melahirkan  generasi  murid  yang  cergas  dan  sihat,  dan  membudayakan  senaman  sebagai  amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Oleh itu, saya berharap program yang bermakna ini dapat diteruskan dan disertai pada masa depan.

Sunday, 8 July 2012

[ Festival Floria & Garden di Putrajaya ]
























Pada hari sabtu yang lepas, saya telah menyertai lawatan seni ke Putrajaya bersama dengan kelas saya, kelas A dan B. Tujuan lawatan tersebut ialah melawati Festival Floria & Garden yang diadakan di Presint 2, Putrajaya pada hari 30 June 2012 hingga 8 July 2012 (selama satu minggu).  Dalam lawatan , saya dapat melihat pelbagai jenis bunga dan jenis buah-buahan yang jarang ditemui seperti Rollinia, buah asam gelugor, durian belanda dan sebagai. Saya dan kawan saya sempat merasai rasa buah-buahan jarang tersebut.Di samping itu, saya berpeluang melawati pameran antarabangsa. Pereka menggunakan pelbagai jenis bunga untuk menghiasi dan mereka hasilan mereka. Melalui lawatan ini, saya dapat menambah pengetahuan saya dan berguna dalam pembelajaran saya pada masa hadapan.

Sunday, 1 July 2012

[ Sunway Lagoon =D ]

Hari ini, saya telah mengunjungi ke Sunway Lagoon dengan kawan-kawan saya. Dengan peluang ini, saya dapat berehat dan melegakan tekanan saya. Saya telah menyertai tiga kawasan iaitu "Amusement Park" , "Wild Park" dan "Water Park". Permainan yang paling saya gemari ialah "Pirate's Revenge". Permainan ini sangat merangsang dan menyeronokan. Ia memusing 360 darjah. Semasa memainkan permainan ini, saya mendapati seorang datuk yang berusia lebih kurang 60 juga menyertai permainan yang merangsang ini. Saya sangat mengagumkan keberaniannya dan saya mendapati beliau sangat menikmati permainan. Dalam hal ini, saya berpendapat kita patut berani cuba pelbagai benda yang berani supaya kehidupan kita lebih menarik.